//Only You
W E B M A S T E R



Hello ,Hi ! I'm EylaAziz . The owner of this blog .Me,sweet7teen .


Story About Links Stuff


T A G B O A R D



C R E D I T S


Template By :NorAmirah
Re-Editing By :YourName
Image by :??
awak ,dia enggan menangis lagi
Sunday, 4 December 2011 | 12/04/2011 | 0 Love
Awakk ,
tubir mata itu sering digenagi
air mate tidak berhenti
terus mengalir di pipi
dia seka ke tepi

Awak ,
dia relakan hati dia disakiti
dia relakan air mate yang tidak berhenti
dia relakan segalanya dengan harapan awak akan kembali
pulang ke sisi

Awak
dia sudah tidak tahu mahu buat apa
dia sudah rase serba tidak kena
hati sebak setiap kali wajah awak menjelma
dia usir perasaan tidak enak dengan berpura gembira
dengan harapan semuanya kembali seperti sediakala
seperti biasa

Awak
dia sudah tidak kenal diri
dia sudah tidak hiraukan kesihatan diri
dia sudah tidak kisahkan penampilan peribadi
hidup dia bergolak kini
pecahnya jiwa dan hati
dia sedang usaha ubati
Lagi

Awak
awak sendiri tahu dia kesunyian
awak sendiri tahu dia kesepian
awak sendiri tahu dia keseorangan
awak sendiri tahu dia hanya ada awak sebagai teman
tapi ,awak tetap buad dia dalam kesakitan

Awak
dia tidak akan menyalahkan
bukan awak yang dia akan tunding jari atau tangan
dia pilih diri sendiri untuk tanggung kesalahan
walaupun dia sendiri jelas akan keadaan
cuma dia enggan mulakan pertengkaran
kerana itu bakal lebih menyakitkan

Awak,
dia bersandar di katil dan renung dinding lagi
telefon sentiasa di tangan kiri
tangan kanan menyeka air mata yang membasahi
kepala dia sudah berpusing hingga dia tidak mampu berdiri
mata bengkak hingga dia malu sendiri
tapi celakanya air mata tidak mahu berhenti
sakit dia menusuk ke ulu hati

Awak
dia seperti enggan percaya
awak berubah sekelip mata
kurang seminit awak hilang begitu sahaja
tidak muncul walaupun dia merayu bagai orang gila
dia terpinga-pinga
tidak tahu apa salahnya
terkapar-kapar mencari jawapan bagi yakinkan diri ini semua sementara

Awak
dia rasa kasihan dengan diri sendiri
setiap hari dia perlu dipaksa untuk kekal berdiri
lakonan atas dunia perlu diteruskan supaya tidak mati
pentas tersedia dan dia hanya perlu menari
walaupun cerah ,terang ,dia masih sepi
tarian tetap diatur, walaupun air mata mengalir di pipi
senyuman perlu di ukir walaupun sakitnya hati
dia perlu kuat untuk mendapatkan awak kembali
muncul di sisi

Awak
awak boleh ambil masa hingga infiniti
dia tetap akan berusaha mencari
kembalikan awak ke sisi
dia tetap akan menanti
walaupun ia akan lebih kepade membunuh diri
mengabaikan diri hinggan hampir mati
asalkan awak kembali

Awak
dia tahu betapa dia sayangkan awak
dia tahu betapa dia cintakan awak
dia tahu betapa dia mahukan awak
dia tahu betapa dia rindukan awak
dia jelas segalanye dan rasa layak

Awak
dia mohon awak kembali
walaupun sebentar ke sisi
cukup untuk dia seka air mata di pipi
cukup untuk dia gembira sedikit lagi
cukup untuk dia kekal berdiri

Awak
bolehkah permintaan itu dipenuhi ?
mengabulkan permintaan dia ?
dia menanti
setiap malam ,sepanjang hari
kerana dia enggan menangis lagi

Older Post | Newer Post